SURVEY

Borang soal selidik telah diedarkan kepada beberapa orang responden.


Contoh borang soal selidik


RUMUSAN

Apa yang kami dapati daripada soal selidik ini, kebanyakan responden tidak tahu mengenai masyarakat India di Malaysia. Kesemua responden tidak mempunyai kemahiran berbahasa Tamil dan tidak berminat untuk mempelajarinya. Kami berpendapat berkemungkinan mereka rasa sudah terlambat mempelajari bahasa baru.  

Namun begitu, dalam mempelajari ilmu, tiada yang terlambat kerana ilmu itu luas dan menuntut itu sepanjang hayat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SESI TEMU RAMAH


Pada minggu ke-8, kami telah melakukan satu sesi temu ramah bersama Cik Nirmala, 29 tahun dan beragama Hindu yang menemani abangnya membuat check-up di CTC UiTM Sungai Buloh. Kami telah mengemukakan beberapa soalan berkaitan ilmu dan pendidikan dalam kalangan masyarakat India di Malaysia.

Antara soalan-soalan yang dikemukakan:

Apakah pendidikan informal yang diterapkan oleh ibu bapa di rumah?
  • Ilmu agama
  • Belajar sembahyang
  • Baca buku sembahyang
  • Budaya masyarakat India
  • Pendidikan sangat penting dalam kehidupan
Bahasa yang digunakan di Malaysia
  • Tamil
  • Membandingkan bahasa yang digunakan di India dan Malaysia. Bahasa digunakan mengikut keturunan. Contohnya, keturunan Brahmin menggunakan bahasa Sanskrit. Di India, bahasa Hindi digunakan secara meluas
  •  "Naan unnai kathalikkireen"

Kasta
  • Responden tidak mengetahui tentang sistem kasta dan kami simpulkan di Malaysia, sistem kasta tidak lagi diamalkan.
Kegunaan kuil
  • Ibadah
  • Perkahwinan
  • Tempat menuntut ilmu
  • Nyanyian lagu agama
  • Patung kecil di hadapan kuil ialah untuk menjaga kuil
Waktu sembahyang
  • 4 pagi setiap hari
  • 7 pagi
  • sebelum 6 petang
Bindi & sidur
  • Bindi diletakkan di antara kening bagi perempuan India. Kebiasaannya ialah warna hitam bagi yang belum berkahwin dan merah bagi yang berkahwin tetapi sudah terdapat pelbagai warna pada masa ini. Ianya untuk menunjukkan bahawa mereka ialah kaum India
  • Sidur berwarna merah yang diletakkan di belahan rambut bagi wanita yang sudah berkahwin.
Kolam
  • Perhiasan beras yang berwarna-warni yang dilakukan ketika perayaan seperti Deepavali dan Pongal 
  • Kalau di India, mereka melakukannya setiap hari bagi memberi makanan kepada serangga seperti semut.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

INSTA OHHH INSTA

Apa gunanya Instagram???

Nak dapat perhatian? 

Nak cari PUBLISITI?

Nak menujuk-nunjuk?

atau....

Nak bermuamalat?

Nak menyampaikan dakwah?

Nak merapatkan ukhuwah?

Semuanya bergantung kepada niat.

عَنْ عُمَرَ بْنِ الخَطَابِ قًالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ إِلى اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنَّيَا يُصِيْبُهَا أَوِمْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهَجْرَتُهُ إِلَى مَا هَا جَرَإِلَيْهِ 

Dari Umar bin Khattab r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Amal itu hanya dengan niat, Setiap orang hanya memperoleh menurut apa yang diniatkan. Sesiapa yang ada niat hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya memperoleh (pahala hijran) kerana Allah dan RasulNya Dan barang siapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak dicapainya atau wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya (mendapat balasan) menurut tujuan hijrahnya". Hadis sahih riwayat Muslim 

Sehubungan itu, selain menyumbangkan roti, kami juga ada berkongsi gambar yang mengandungi ayat-ayat motivasi di akaun instagram bagi setiap ahli kumpulan. Dengan ini kami dapat memberi manfaat secara lebih meluas :)





4 minggu yang lalu


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ILMU! IMAN! AMAL!

Baru-baru ini, kami telah melaksanakan tahap kedua dalam projek titas mbbs a iaitu memberi sumbangan kepada sekurang-kurangnya 10 orang. Meskipun sumbangan kami hanyalah sebungkus roti yang boleh didapati di mana-mana kedai yang berdekatan, namun begitu ianya mengandungi makna yang mendalam.Di atas roti tersebut, telah kami kepilkan bersama sekeping nota berbentuk pesanan ilmiah.

Nota yang kami kepilkan dibuat secara manual iaitu tulisan tangan serta seni kreatif pelajar medik yang tidak seberapa ini. Hal ini demikian kerana, kami hendak menyampaikan keikhlasan dan ketulusan hati kami dalam nota tersebut.

Sumbangan ini kami berikan secara rawak tanpa mengira lapisan umur, bangsa dan agama individu tesebut. Harapan kami agar nota yang dikepil bersama dapat mencetuskan  semangat serta menggembirakan hati penerima roti tersebut tidak kiralah berduka atau bersukacita. Secara tidak langsung amalan ini merupakan suatu bentuk dakwah yang mampu kami lakukan sebagai seorang pelajar dan hamba yang sering melakukan kesilapan. Semoga sumbangan ini menjadi bekalan pahala buat kami di akhirat sana. InsyaAllah.

p/s: senyum itu sedekah :)




Malu-malu nampak cik kak kita ^-^



Dari rumah ke rumah


Sehingga ke kafe


"Mak cik, nak satu~"


"Adik belajar elok-elok tau jadi doktor !"


Selamat bertugas Encik !



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lawatan ke Kovil Sri Siva Subramaniar Aalayam Sungei Buloh.

Pada 31 Oktober yang lepas, kami sekumpulan telah membuat lawatan ke Kovil Sri Siva Subramaniar Aalayam Sungei Buloh untuk meninjau rumah ibadah masyarakat India. Kami ingin melakukan kajian tentang fungsi kuil dalam kehidupan masyarakat India. Selain itu, kami juga ingin mencari hubung kait antara agama dan pendidikan. Tetapi malangnya, kuil itu tutup pada hari tersebut. Oleh yang demikian, kami hanya mampu mengambil beberapa keping gambar di sekitar kuil sahaja.





Dalam perjalanan ke kuil








Rancak berbincang nampak








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ILMU DAN PENDIDIKAN MASYARAKAT INDIA

Agama hindu

1.     Dianuti oleh majority kaum India.
2.     Mengamalkan kepercayaan kepada dewa-dewi.
3.     Merayakan Hari Deepavali, Hari Thaipusam dan Pesta Ponggal.
4.     Mempercayai balasan baik dan buruk selepas kematian.
5.     Sungai Ganges di India sebagai tempat paling suci untuk membersihkan dosa.

ILMU DAN PENDIDIKAN MASYARAKAT INDIA

~Pendidikan tamil di india telah bermula sejak 2 abad yang lalu.
~Hanya dapat dilihat mulai tahun 1821.
~Pendidikan tamil sejak penjajahan British hingga hari ini berdasarkan dasar yang dibentuk pihak     pentadbiran Negara.
~Berkait rapat dengan sejarah kedatangan masyarakat india ke Malaysia pada awal abad ke-19.
~awalnya tidak formal.
~menjadi formal dengan wujudnya akta pendidikan.

Pendidikan tamil sebelum merdeka

Informal
~peluang pendidikan untuk anak-anak masyarakat tidak diambil kira oleh majikan.
~pendidikan tamil untuk kanak-kanak tamil, pendidikan Malayalam untuk kanak-kanak Malayalam-untuk mengintegrasikan diri dengan main stream penduduk tamil apabila pulang ke india.
~kewujudan sekolah telugu dan Malayalam pada tahun 70-an.
~konsep sekolah pondok (Tinnai Palli)-zaman permulaan pendidikan tamil.
~sekolah pondok terletak di rumahpendeta di ladang.
~buku pelajaran amat sedikit, tanah dijadikan bahan tulisan dan jari dijadikan alat tulisan.

Formal
~bermula tahun 1816 di Penang Free School-sambutan buruk,ditutup.
~1834 di Singapore Free School-sambutan buruk,ditutup.
~subjek bahasa tamil untuk pelajar tamil di sekolah-sekolah bukan berhaluan tamil di perkenalkan antaranya St. Francis Xavier Malabar School -gagal.
~sistem pendidikan tamil baru diwujudkan di sekolah inggeris (pagi pendidikan inggeris, petang pendidikan tamil)
~tahun 1990-an masa keemasan pendidikan tamil-kerajaan inggeris mula beri perhatian untuk menarik minat pekerja baru bekerja di lading getah dan untuk elakkan pekerja sedia ada pulang ke india.
~sekolah tamil mula wujud disebabkan kod pekerja yang mewajibkan anak-anak pekerja diberikan pendidikan.
~kualiti pendidikan rendah kerana kekurangan guru yang terlatih.
~objektif pendidikan ialah 3M(membaca,menulis,mengira)

Pendidikan tamil selepas merdeka 

~usaha berterusan dari zaman sebelum merdeka.
~pelajar yang belajar di sekolah tamil selama 6 tahun berpeluang mempelajari bahasa tamil sebagai satu mata pelajaran di sekolah menengah dan universiti (Universiti Malaya).
~bilangan pelajar di sekolah-sekolah tamil semakin bertambah.

Pengajaran tamil pada masa kini 

~pendidikan tamil di pengaruhi politik dan sosio budaya.
~kurikulum bahasa tamil berubah dari indian based kepada Malaysian based.
~pelajaraliran tamil kurang mendapat pendedahan di peringkat sekolah menengah berbanding sekolah rendah.
~di peringkat pengajian tinggi, bahasa tamil hanya ditawarkan di jabatan pengajian india.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GERAK KERJA PROJEK

Gerak Kerja Projek :Ilmu dan Pendidikan Kaum India

Minggu Akademik
Tarikh
Tugasan
Objektif yang perlu dicapai
5
6/10/2014 – 12/10/2014
Buat Blog
Membuat akaun di Blogger
membuat akaun Padlet
6
17/10/2014
Pembahagian tugas
Pembahagian tugas
Pengendalian blog – Nadhira
Pengendalian padlet – Syafiqah & Hidayah
Borang soal selidik – Farah
Interview – Ain
Mencari maklumat – Jauharah & Fatimah
7
20/10/2014 hingga minggu ke 12
Pengumpulan maklumat
Pengumpulan maklumat mengenai masyarakat India (Ilmu dan Pendidikan), perbezaan dan perbandingan masyarakat India dulu dan kini dalam pelbagai aspek.
8
31/10/2014
Minggu outing
Lawatan ke Kovil Sri Siva Subramaniar Aalayam Sungei Buloh.
9
7/11/2014
Borang soal selidik
Pengedaran borang soal selidik.
10
10/11/2014 – 16/11/2014
Minggu outing
Pemerhatian di :Fakulti Perubatan Sg. Buloh, Kompleks membeli belah The Store dan stesen KTM Sg. Buloh.
11
17/11/2014 – 23/11/2014
Pelaksanaan tugas
Pelaksanaan tugas yang telah dibahagikan kepada setiap ahli kumpulan.
12
24/11/2014 – 30/11/2014
Penyerahan maklumat
Penyerahan maklumat daripada setiap ahli kumpulan.
Maklumat dikemaskini untuk pembentangan minggu ke 13.
13
1/12/2014 – 7/12/2014
Semakan blog
Semakan blog oleh penyelia.
Pembentangan Padlet.
14
12/12/2014
Refleksi
Penyerahan kertas kerja refleksi individu.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS