SESI TEMU RAMAH


Pada minggu ke-8, kami telah melakukan satu sesi temu ramah bersama Cik Nirmala, 29 tahun dan beragama Hindu yang menemani abangnya membuat check-up di CTC UiTM Sungai Buloh. Kami telah mengemukakan beberapa soalan berkaitan ilmu dan pendidikan dalam kalangan masyarakat India di Malaysia.

Antara soalan-soalan yang dikemukakan:

Apakah pendidikan informal yang diterapkan oleh ibu bapa di rumah?
  • Ilmu agama
  • Belajar sembahyang
  • Baca buku sembahyang
  • Budaya masyarakat India
  • Pendidikan sangat penting dalam kehidupan
Bahasa yang digunakan di Malaysia
  • Tamil
  • Membandingkan bahasa yang digunakan di India dan Malaysia. Bahasa digunakan mengikut keturunan. Contohnya, keturunan Brahmin menggunakan bahasa Sanskrit. Di India, bahasa Hindi digunakan secara meluas
  •  "Naan unnai kathalikkireen"

Kasta
  • Responden tidak mengetahui tentang sistem kasta dan kami simpulkan di Malaysia, sistem kasta tidak lagi diamalkan.
Kegunaan kuil
  • Ibadah
  • Perkahwinan
  • Tempat menuntut ilmu
  • Nyanyian lagu agama
  • Patung kecil di hadapan kuil ialah untuk menjaga kuil
Waktu sembahyang
  • 4 pagi setiap hari
  • 7 pagi
  • sebelum 6 petang
Bindi & sidur
  • Bindi diletakkan di antara kening bagi perempuan India. Kebiasaannya ialah warna hitam bagi yang belum berkahwin dan merah bagi yang berkahwin tetapi sudah terdapat pelbagai warna pada masa ini. Ianya untuk menunjukkan bahawa mereka ialah kaum India
  • Sidur berwarna merah yang diletakkan di belahan rambut bagi wanita yang sudah berkahwin.
Kolam
  • Perhiasan beras yang berwarna-warni yang dilakukan ketika perayaan seperti Deepavali dan Pongal 
  • Kalau di India, mereka melakukannya setiap hari bagi memberi makanan kepada serangga seperti semut.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment