Baru-baru ini, kami telah melaksanakan tahap kedua dalam projek titas mbbs a iaitu memberi sumbangan kepada sekurang-kurangnya 10 orang. Meskipun sumbangan kami hanyalah sebungkus roti yang boleh didapati di mana-mana kedai yang berdekatan, namun begitu ianya mengandungi makna yang mendalam.Di atas roti tersebut, telah kami kepilkan bersama sekeping nota berbentuk pesanan ilmiah.
Nota yang kami kepilkan dibuat secara manual iaitu tulisan tangan serta seni kreatif pelajar medik yang tidak seberapa ini. Hal ini demikian kerana, kami hendak menyampaikan keikhlasan dan ketulusan hati kami dalam nota tersebut.
Sumbangan ini kami berikan secara rawak tanpa mengira lapisan umur, bangsa dan agama individu tesebut. Harapan kami agar nota yang dikepil bersama dapat mencetuskan semangat serta menggembirakan hati penerima roti tersebut tidak kiralah berduka atau bersukacita. Secara tidak langsung amalan ini merupakan suatu bentuk dakwah yang mampu kami lakukan sebagai seorang pelajar dan hamba yang sering melakukan kesilapan. Semoga sumbangan ini menjadi bekalan pahala buat kami di akhirat sana. InsyaAllah.
p/s: senyum itu sedekah :)
ILMU! IMAN! AMAL!
03:53 |
Malu-malu nampak cik kak kita ^-^
Dari rumah ke rumah
Sehingga ke kafe
"Mak cik, nak satu~"
"Adik belajar elok-elok tau jadi doktor !"
Selamat bertugas Encik !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment