SURVEY
SESI TEMU RAMAH
- Ilmu agama
- Belajar sembahyang
- Baca buku sembahyang
- Budaya masyarakat India
- Pendidikan sangat penting dalam kehidupan
- Tamil
- Membandingkan bahasa yang digunakan di India dan Malaysia. Bahasa digunakan mengikut keturunan. Contohnya, keturunan Brahmin menggunakan bahasa Sanskrit. Di India, bahasa Hindi digunakan secara meluas
- "Naan unnai kathalikkireen"
- Responden tidak mengetahui tentang sistem kasta dan kami simpulkan di Malaysia, sistem kasta tidak lagi diamalkan.
- Ibadah
- Perkahwinan
- Tempat menuntut ilmu
- Nyanyian lagu agama
- Patung kecil di hadapan kuil ialah untuk menjaga kuil
- 4 pagi setiap hari
- 7 pagi
- sebelum 6 petang
- Bindi diletakkan di antara kening bagi perempuan India. Kebiasaannya ialah warna hitam bagi yang belum berkahwin dan merah bagi yang berkahwin tetapi sudah terdapat pelbagai warna pada masa ini. Ianya untuk menunjukkan bahawa mereka ialah kaum India
- Sidur berwarna merah yang diletakkan di belahan rambut bagi wanita yang sudah berkahwin.
- Perhiasan beras yang berwarna-warni yang dilakukan ketika perayaan seperti Deepavali dan Pongal
- Kalau di India, mereka melakukannya setiap hari bagi memberi makanan kepada serangga seperti semut.
INSTA OHHH INSTA
ILMU! IMAN! AMAL!
Baru-baru ini, kami telah melaksanakan tahap kedua dalam projek titas mbbs a iaitu memberi sumbangan kepada sekurang-kurangnya 10 orang. Meskipun sumbangan kami hanyalah sebungkus roti yang boleh didapati di mana-mana kedai yang berdekatan, namun begitu ianya mengandungi makna yang mendalam.Di atas roti tersebut, telah kami kepilkan bersama sekeping nota berbentuk pesanan ilmiah.
Nota yang kami kepilkan dibuat secara manual iaitu tulisan tangan serta seni kreatif pelajar medik yang tidak seberapa ini. Hal ini demikian kerana, kami hendak menyampaikan keikhlasan dan ketulusan hati kami dalam nota tersebut.
Sumbangan ini kami berikan secara rawak tanpa mengira lapisan umur, bangsa dan agama individu tesebut. Harapan kami agar nota yang dikepil bersama dapat mencetuskan semangat serta menggembirakan hati penerima roti tersebut tidak kiralah berduka atau bersukacita. Secara tidak langsung amalan ini merupakan suatu bentuk dakwah yang mampu kami lakukan sebagai seorang pelajar dan hamba yang sering melakukan kesilapan. Semoga sumbangan ini menjadi bekalan pahala buat kami di akhirat sana. InsyaAllah.
p/s: senyum itu sedekah :)
Lawatan ke Kovil Sri Siva Subramaniar Aalayam Sungei Buloh.
Pada 31 Oktober yang lepas, kami sekumpulan telah membuat lawatan ke Kovil Sri Siva Subramaniar Aalayam Sungei Buloh untuk meninjau rumah ibadah masyarakat India. Kami ingin melakukan kajian tentang fungsi kuil dalam kehidupan masyarakat India. Selain itu, kami juga ingin mencari hubung kait antara agama dan pendidikan. Tetapi malangnya, kuil itu tutup pada hari tersebut. Oleh yang demikian, kami hanya mampu mengambil beberapa keping gambar di sekitar kuil sahaja.
ILMU DAN PENDIDIKAN MASYARAKAT INDIA
~Hanya dapat dilihat mulai tahun 1821.
~Pendidikan tamil sejak penjajahan British hingga hari ini berdasarkan dasar yang dibentuk pihak pentadbiran Negara.
~Berkait rapat dengan sejarah kedatangan masyarakat india ke Malaysia pada awal abad ke-19.
~awalnya tidak formal.
~menjadi formal dengan wujudnya akta pendidikan.
Informal
~peluang pendidikan untuk anak-anak masyarakat tidak diambil kira oleh majikan.
~pendidikan tamil untuk kanak-kanak tamil, pendidikan Malayalam untuk kanak-kanak Malayalam-untuk mengintegrasikan diri dengan main stream penduduk tamil apabila pulang ke india.
~kewujudan sekolah telugu dan Malayalam pada tahun 70-an.
~konsep sekolah pondok (Tinnai Palli)-zaman permulaan pendidikan tamil.
~sekolah pondok terletak di rumahpendeta di ladang.
~buku pelajaran amat sedikit, tanah dijadikan bahan tulisan dan jari dijadikan alat tulisan.
~bermula tahun 1816 di Penang Free School-sambutan buruk,ditutup.
~1834 di Singapore Free School-sambutan buruk,ditutup.
~subjek bahasa tamil untuk pelajar tamil di sekolah-sekolah bukan berhaluan tamil di perkenalkan antaranya St. Francis Xavier Malabar School -gagal.
~sistem pendidikan tamil baru diwujudkan di sekolah inggeris (pagi pendidikan inggeris, petang pendidikan tamil)
~tahun 1990-an masa keemasan pendidikan tamil-kerajaan inggeris mula beri perhatian untuk menarik minat pekerja baru bekerja di lading getah dan untuk elakkan pekerja sedia ada pulang ke india.
~sekolah tamil mula wujud disebabkan kod pekerja yang mewajibkan anak-anak pekerja diberikan pendidikan.
~kualiti pendidikan rendah kerana kekurangan guru yang terlatih.
~objektif pendidikan ialah 3M(membaca,menulis,mengira)
~pelajar yang belajar di sekolah tamil selama 6 tahun berpeluang mempelajari bahasa tamil sebagai satu mata pelajaran di sekolah menengah dan universiti (Universiti Malaya).
~bilangan pelajar di sekolah-sekolah tamil semakin bertambah.
~kurikulum bahasa tamil berubah dari indian based kepada Malaysian based.
~pelajaraliran tamil kurang mendapat pendedahan di peringkat sekolah menengah berbanding sekolah rendah.
~di peringkat pengajian tinggi, bahasa tamil hanya ditawarkan di jabatan pengajian india.
GERAK KERJA PROJEK
Minggu Akademik
|
Tarikh
|
Tugasan
|
Objektif yang perlu dicapai
|
5
|
6/10/2014 – 12/10/2014
|
Buat Blog
|
Membuat akaun di Blogger
membuat akaun Padlet
|
6
|
17/10/2014
|
Pembahagian tugas
|
Pembahagian tugas
Pengendalian blog – Nadhira
Pengendalian padlet – Syafiqah & Hidayah
Borang soal selidik – Farah
Interview – Ain
Mencari maklumat – Jauharah & Fatimah
|
7
|
20/10/2014 hingga minggu ke 12
|
Pengumpulan maklumat
|
Pengumpulan maklumat mengenai masyarakat India (Ilmu dan Pendidikan),
perbezaan dan perbandingan masyarakat India dulu dan kini dalam pelbagai aspek.
|
8
|
31/10/2014
|
Minggu outing
|
Lawatan ke Kovil Sri Siva Subramaniar Aalayam Sungei Buloh.
|
9
|
7/11/2014
|
Borang soal selidik
|
Pengedaran borang soal selidik.
|
10
|
10/11/2014 – 16/11/2014
|
Minggu outing
|
Pemerhatian di :Fakulti Perubatan Sg. Buloh, Kompleks membeli belah The
Store dan stesen KTM Sg. Buloh.
|
11
|
17/11/2014 – 23/11/2014
|
Pelaksanaan tugas
|
Pelaksanaan tugas yang telah dibahagikan kepada setiap ahli kumpulan.
|
12
|
24/11/2014 – 30/11/2014
|
Penyerahan maklumat
|
Penyerahan maklumat daripada setiap ahli kumpulan.
Maklumat dikemaskini untuk pembentangan minggu ke 13.
|
13
|
1/12/2014 – 7/12/2014
|
Semakan blog
|
Semakan blog oleh penyelia.
Pembentangan Padlet.
|
14
|
12/12/2014
|
Penyerahan kertas kerja refleksi individu.
|
ILMU DAN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT INDIA
Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..
Kami, pelajar perubatan tahun 1 Universiti Teknologi Mara (UiTM) daripada kumpulan 11 yang akan menjalankan satu projek TITAS berkaitan ilmu dan pendidikan dalam kalangan masyarakat India. Aktiviti sepanjang kajian akan direkodkan dalam blog ini.